Website counter
Latest News

Lawak! Episode 1

Monday, November 23, 2009 , Posted by Alin at 1:26 PM

1.Resepi ayam bakar:

1. ayam
2. api

Caranya ialah ambil ayam letak atas api. Gambar di bawah menunjukkan ayam bakar separuh masak. kalau yang selalu kita makan tu namanya ayam bakar “well done“.

2. Kerja baru Khairy Jamaludin xD
3.

MUAR: Hanya kerana tersilap cetak satu huruf ianya menjadi tandatanya dan bahan gurauan bagi orang ramai yang melalui bulatan Jalan Bakri awal pagi ini, Niat murni kempen menderma darah yang diadakan di sebuah sekolah bertukar makna apabila perkataan darah disilap cetak menjadi dadah.

Foto Shahrul M.Zain.

4.Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.

“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.
“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.

Seman berdiri dan berkata, “Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.

5.Restoran hari hari penuh dengan pelanggan yang datang makan.

Currently have 1 comments:

Leave a Reply

Post a Comment